
KHASIAT 8 MAKANAN SUNNAH
Minuman berasaskan koko ini mengangdungi khasiat-khasiat seperti lemak, protein, vitamin B dan mineral.Nilai pemakanan ini akan bertambah, terutama kandungan protein dan kalsium sekiranya minuman yang disediakan dicampurkan susu.
Sumber: USDA Handbook, 1974, The Ditionary of Sodium, Fats and Cholesterol, New York.
HABBATUS SAUDA
membantu merawat batuk & asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot & sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolestrol, batu karang, serta mempertingkatkan ketahanan badan terhadap penyakit.
KURMA
adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, dan C dan juga niasin. Mampu merawat gangguan usus yang kronik, membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Juga membantu melancarkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati.
ZA'FARAN
membantu mencerdaskan minda, merawat sakit tekak dan tonsil serta menghindarkan batuk dan selsema juga memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut, membuang angin dan asid di dalam perut. Ia juga membantu merawat masalah kemurungan, menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
MADU LEBAH
mempunyai pelbagai khasiat yang member sumbangan besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia. Ia berupaya mengekalkan keremajaan pada kulit (awet muda), merawat sakit perut, menghilangkan kahak, memulih dan menguatkan gigi serta menguatkan badan bagi yang berumur selain merangsang tenaga batin. Ia juga menstabilkan kandungan gula dalam darah apabila digunakan bagi menggantikan gula. Selain itu, madu lebah juga memudahkan proses penghadaman, memulihkan penyakit yang berpanjangan serta menguatkan jantung dan buah pinggang.
BUAH ZAITUN
dapat membaik pulih perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit, penawar racun, melambatkan proses penuaan serta amat baik untuk mencegah penyakit jantung.
KISMIS
mengandungi banyak khasiat pemakanan, serat, anti-oksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan juga sebagai makanan tambahan yang mampu merangsang minda serta melawan bacteria penyebab kerosakan gigi dan gusi. Ia juga mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit organ dalam badan.
BUAH TIN
yang lembut serta mudah dihadam dan mengadungi serat yang tinggi. Sesuai untuk penyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta merawat batuk berpanjangan.
BUAH DELIMA
Kaya dengan unsur zat besi yang penting dalam pembentukan darah merah. Ia berupaya memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Ia juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.

HARGA :
RM22.00 (WM) RM25.00 (EM)
PENGHANTARAN PERCUMA untuk 10 kotak/ papan ke atas.
